Peringatan! Usus Perempuan Ini Hancur Gara-gara Konsumsi Teh Pelangsing

Peringatan! Usus Perempuan Ini Hancur Gara-gara Konsumsi Teh Pelangsing



  • Risiko mengambil teh ini untuk jangka panjang, ialah gangguan kepada keseimbangan elektrolit dalam tubuh yang akan mengganggu fungsi sel-sel lain dalam tubuh.
  • Yang paling membimbangkan adalah kehadiran campuran bahan kimia yang digunakan di dalam teh pelangsing.
  • Biasanya produk seperti ini akan ditambah bahan-bahan lain untuk melangsingkan badan dengan cepat.
  • Kita tidak tahu kesan sampingan mengambil ubat kurus, pil pelangsing badan ataupun teh diet, dan kewujudan bahan kimia di dalamnya boleh memudaratkan kita, terutama jika digunakan tanpa pengawasan.
  • Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.

Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.

Fungsi ubat kurus atau ubat pelangsing badan

Tidak semua ubat kurus bahaya untuk digunakan. Kebanyakkan ubat pelangsing badan ini berfungsi dengan cara berikut:

  • Menurunkan selera makan
  • Menghalang penyerapan lemak/makanan
  • Meningkatkan kadar membakar lemak (metabolisme)
  • Meningkatkan suhu badan supaya mudah untuk berpeluh

Malangnya, kini semakin ramai orang tidak bertanggungjawab dan hanya ingin mengejar keuntungan yang mengedar ubat pelangsing badan dengan kandungan berbahaya dan tidak diluluskan.

Jika ubat pelangsing badan yang dibeli tidak pernah diluluskan oleh PBKD atau KKM, hati-hati.

Perhatikan tanda-tanda ini jika ambil pil pelangsing/ubat kurus/teh diet yang tidak pernah diluluskan :

  • Rasa mual atau muntah
  • Kadar jantung yang cepat
  • Kencing dengan kerap
  • Mulut kering

Jika anda mengalami sebarang atau kesemua tanda-tanda di atas, segera berhenti makan pil atau ubat tersebut.

Bahan-bahan berbahaya dalam ubat pelangsing badan boleh menyebabkan gangguan kardiovaskular (masalah jantung, strok, serangan jantung dan gangguan irama jantung), dehidrasi teruk, pemakanan yang tidak baik, mahupun kanser.

Sekiranya tanda-tanda ini tidak pulih atau bertambah buruk, jumpa doktor anda dengan segera.

Jika ingin cepat langsing selepas bersalin kerapkan bersenam dan jaga pemakanan anda, jika kita berusaha, kita pasti boleh kembali ke paras badan yang idea

BACA HALAMAN SELANJUTNYA

Halaman
2 3